| MAKLUMAT AmPerkhidmatan
| KOLEKSI Digital | LAMAN Web UiTM |  BANK Soalan  |               [  MENU UTAMA  ]
 

 
Pautan

MUATURUN Perisian

WAKTU Perpustakaan

SEMASA SEMESTER*
Ahd-Rabu : 8-30 am - 10pm
Khamis : 8.30 am - 4.45pm
Sabtu : 8.30 am - 4.45 pm
Cuti Umum : Tutup

SEBULAN SEBELUM
PEPERIKSAAN*
Ahd-Rabu : 8-30am - 10.45pm
Khamis : 8.30am - 4.45pm
Sabtu : 8.30 am - 4.45 pm
Cuti Umum : Tutup

SEMASA CUTI SEMESTER*
Ahd-Rabu : 8.30 am - 4.45pm
Khamis : 8am - 4.30pm
Jumaat, Sabtu : Tutup
& Cuti Umum

* Tertakluk Kpd Perubahan

 

 
 
Memahami Nombor Panggilan



Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana buku-buku perpustakaan disusun diatas rak? Tahukah anda nombor panggilan yang dilekatkan pada tetulang/muka depan buku adalah satu kod yang mempunyai maklumat mengenai sesebuah buku?

Oleh itu, apakah nombor panggilan sebenarnya?

Setiap buku perpustakaan akan diberikan nombor panggilan mengikut sistem yang ditetapkan. Nombor panggilan bertindak seperti alamat yang memberi maklumat lokasi sesebuah buku berada.

Kebiasaannya nombor panggilan boleh didapati :

 

Perhatian :

Nombor Panggilan juga boleh dicetak secara menegak atau melintang.
Perpustakaan Sultanah Badlishah menggunakan sistem Pengkelasan Library of Congress.

Kaedah Memahami Kod Nombor Panggilan
 

a. Maksud Nombor Panggilan


Bahan Perpustakaan dikelaskan mengikut Sistem Pengkelasan Library of Congress yang membahagikannya mengikut perkara-perkara tertentu menerusi beberapa siri nombor dan abjad yang ditetapkan oleh Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemerosesan Teknikal.

b. Susunan Buku Di Rak

Buku-buku yang telah diwakili oleh nombor panggilan akan disusun mengikut lokasi rak dan kategori dan kebiasaannya adalah dari kiri > atas > kekanan dan kembali ke kiri > bawah seperti Z. Ia akan disusun mengikut nombor panggilan terdahulu iaitu mengikut abjad perkara - nombor perkara - nombor pengarang dan seterusnya.

Oleh yang demikian, buku dalam perkara yang sama atau dalam kategori yang hampir sama akan berada dalam satu kelompok/rak yang berdekatan. Ini membolehkan anda turut menyemak buku-buku lain oleh pengarang yang berbeza. Untuk lebih memahami sistem penyusunan ini, anda cubalah terlebih dahulu memahami abjad yang mewakili sesuatu perkara kerana ia akan memudahkan anda memperolehi bahan yang dikehendaki
 


 

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah, Peti Surat 187, 08400, Merbok, Kedah Darul Aman

 Pejabat :04 4562226 | Fax.: 04 4562225 | Kaunter Utama : 04 4562236 | Kaunter Rujukan : 04 4562229
| E-Mail :
mailto:arshad598@kedah.uitm.edu.my