| MAKLUMAT AmPerkhidmatan
| KOLEKSI Digital | LAMAN Web UiTM |  BANK Soalan  |               [  MENU UTAMA  ]
 

 
Pautan

MUATURUN Perisian

WAKTU Perpustakaan

SEMASA SEMESTER*
Ahd-Rabu : 8-30 am - 10pm
Khamis : 8.30 am - 4.45pm
Sabtu : 8.30 am - 4.45 pm
Cuti Umum : Tutup

SEBULAN SEBELUM
PEPERIKSAAN*
Ahd-Rabu : 8-30am - 10.45pm
Khamis : 8.30am - 4.45pm
Sabtu : 8.30 am - 4.45 pm
Cuti Umum : Tutup

SEMASA CUTI SEMESTER*
Ahd-Rabu : 8.30 am - 4.45pm
Khamis : 8am - 4.30pm
Jumaat, Sabtu : Tutup
& Cuti Umum

* Tertakluk Kpd Perubahan

 

 
 
SOALAN LAZIM YANG DITANYA (FAQ)


Berapakah jumlah buku atau bahan yang boleh saya pinjam?


Jumlah pinjaman bahan dan jangkamasa pinjaman bergantung kepada kelayakan anda mengikut
kategori yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan Sultan Badlishah.

KATEGORI KEAHLIAN

DESKRIPSI

JUMLAH PINJAMAN BIASA

TEMPOH PINJAMAN

Kakitangan Akademik

Sepenuh Masa
Kontrak
Sambilan
Sementara
Pemeriksa Luar 

10
6
4
4
4

29 Hari
29 Hari
29 Hari
29 Hari
29 Hari

Kakitangan Bukan Akademik

Sepenuh Masa
Kontrak
Sambilan
Sementara 

5
4
2

29 Hari
29 Hari
29 Hari
29 Hari

Jurulatih/Tutor

Sepenuh Masa
Kontrak
Sambilan
Sementara 

6
6
2
2

29 Hari
29 Hari
29 Hari
29 Hari

Pelajar

Sepenuh Masa
E-PJJ/FLP
KLK/Sijil/Matrikulasi
Sarjana/Phd

7
7
7

14 Hari
14 Hari
14 Hari
14 Hari

Ahli Luar

Ahli Korporat/
Alumni/Pesara/
Kursus Pendek/
Pegawai Kedutaan

4

29 Hari


 

 

Bagaimanakah saya boleh tahu jumlah tajuk buku yang telah saya pinjam?

Anda boleh mengetahui tajuk buku yang telah dipinjam dengan menyemak sendiri rekod pinjaman di WebOPAC  Perpustakaan Sultan Badlishah
- Masukkan Nombor pelajar anda dan password
- Pilih On-loan Item
- Skrin akan memaparkan rekod pinjaman anda


Dimanakah peminjaman dan pemulangan bahan dibuat?

Peminjaman dan pemulangan bahan boleh dibuat di kaunter utama, Aras 1 Perpustakaan Sultan Badlishah.

Jika sebuah buku telah dipinjam dari Perpustakaan UiTM Cawangan lain, bolehkah ianya dipulangkan di Perpustakaan Sultan Badlishah dan sebaliknya?


Semua buku/bahan mesti dipulangkan di Perpustakaan di mana buku/bahan tersebut dipinjam.

 

 

 

Bagaimanakah pembaharuan bahan boleh dibuat?

Pembaharuan bahan boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi. Staf Akademik, Pelajar Pendidikan Jarak Jauh, dibenarkan membuat pembaharuan melalui telefon dan e-mel pada atau 1 hari sebelum tarikh pemulangan bahan/buku menjelang. Pembaharuan tidak dibenarkan sekiranya bahan yang dipinjam telah ditempah oleh pengguna lain.

 

 

Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui sama ada sesebuah bahan masih dipinjam atau dirizab?

Anda perlu menyemak WebOPAC:

-           Taipkan tajuk yang dikehendaki

-           Skrin akan memaparkan rekod penuh bahan yang dikehendaki

 

 

Kenapa di dalam rekod bahan dipaparkan "Available for loan" tetapi bahan tersebut tidak boleh dipinjam dan sesetengahnya tiada di rak?

Pastikan nombor panggilan dicatat dengan betul sebelum mencarinya di rak. Jika bahan yang dikehendaki tidak mempunyai rekod yang lengkap (bahan sedang dalam proses) sila dapatkan daripada kakitangan di kaunter.

Jika bahan tiada di rak kemungkinan juga bahan tersebut:

-     dalam proses/urusan

-     baru dikembalikan dan dalam proses penyusunan. Kerja-kerja penyusunan    mengambil masa kerana staf terpaksa bertugas di kaunter setiap hari.

 

 

Siapakah boleh saya hubungi jika menghadapi masalah tentang perkhidmatan Perpustakaan?

Ada Pustakawan yang bertugas di Unit Perkhidmatan Maklumat. Saudara/saudari juga boleh menghubungi talian 04-4562236/2229.
 

 

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah, Peti Surat 187, 08400, Merbok, Kedah Darul Aman

 Pejabat :04 4562226 | Fax.: 04 4562225 | Kaunter Utama : 04 4562236 | Kaunter Rujukan : 04 4562229
| E-Mail :
mailto:arshad598@kedah.uitm.edu.my